Monday, 15 October 2012

Jenis-jenis Karipap


Karipap daging
-Karipap daging merupakan karipap berinti daging dari lembu dengan kentang. Karipap jenis ini merupakan inti karipap yang paling banyak dibuat di Malaysia. Pastri atau kulit karipap ini sama seperti karipap kentang. Inti kentang berlada hitam lebih enak dibuat dengan daging.

Karipap ayam
-Inti karipap ini ialah daging ayam bersama ubi kentang. Penggunaan bahan perasa serbuk kari lebih bersesuaian dengan daging ayam. Ia juga, merupakan pilihan karipap yang sering dimakan sebagai sarapan mahupun di kala waktu petang.


Temosa/Karipap ikan
-Temosa atau karipap ikan dibuat sama seperti karipap lain, tetapi ia mempunyai inti asas yang diperbuat daripada ikan yang digoreng kering bersama bawang dan isi kelapa muda. Rasanya lebih lemak dan tidak pedas.Terkenal di Pahang

Karipap sardin
-Karipap sardin merupakan karipap berinti ikan sardin dalam tin yang kerap digunakan sebagai inti karipap ini di Malaysia. Pastri atau kulit karipap ini sama seperti karipap kentang mahupun karipap daging. Bagi membezakan karipap jenis ini dicam atau dikenalpasti, kebanyakkan karipap sardin dibuat berbentuk jenis panjang atau pun bulat berbeza dengan karipap biasa yang berbentuk setengah bulat.


Karipap pusing
-Karipap pusing merujuk kepada kulit yang digunakan bagi menghasilkan karipap itu. Kulit karipap ini digelek berlapis-lapis dan akan menghasilkan corak berlapis-lapis yang cantik dan lebih garing.Karipap ini juga lebih sedap berbanding karipap yang lain kerana kulitnya yang lebih garing.Intinya dari keledek atau kentang dan bahan perasa dari serbuk kari.

Karipap mini
-Karipap ini bersaiz kecil dari karipap yang ada. Kebanyakkan isi karipap ini diisi dengan serunding ikan.

0 comments:

Post a Comment

Open Panel

Blogroll